Jumaat, 31 Mei 2013

KOPERASI UMMU WAHIDAH TERENGGANU BERHAD [KUWAT]


PENGENALAN KOPERASI

Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad merupakan satu badan gerakan Koperasi Ibu tunggal Negeri Terengganu yang sinonim dengan nama KUWAT ini ditubuhkan pada 26 Jun 2006 oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Tunggal Terengganu [PITT] dan bernaung di bawah badan NGO Ibu Tunggal tersebut ;

Berpaksikan motto "Ummu Wahidah. Mengapai Wassatiyah. Memacu Transformasi Al-Falah". KUWAT bertekad untuk memacu komuniti niaga Ummu Wahidah Terengganu kearah 'Jihad Perniagaan' yang dinamik, distingtif dan efisyen menjelang tahun 20015 ;



GERAKAN EKONOMI IBU TUNGGAL NEGERI TERENGGANU

Statistik 22,000 orang ibu tunggal di seluruh Negeri Terengganu adalah satu angka yang besar dan memerlukan pembelaan. Dengan berpandukan kalimah 'Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima'. Gerakan Koperasi Ibu Tunggal Negeri Terengganu ini bertekad untuk membangunkan sosioekonomi Ibu Tunggal Terengganu melalui penjanaan pendapatan yang progresif serta berlandaskan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai misi yang perlu digala biarpun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya ;



Walaupun masih ramai pihak mempertikaikan kemampuan dan keupayaan komuniti ini menggerakan koperasi ini. Namun kini KUWAT telah membuktikan masih mampu berjuang hingga tahun yang kelapan dan membuka mata-mata agensi, kementerian dan rakan-rakan universiti serta badan koperat untuk bekerjasama mengembeling tenaga dari pelbagai aspek seperti pengurusan koperasi, pembangunan projek dalam pelbagai bidang seterusnya bersama-sama gerakan koperasi ibu tunggal Terengganu ini untuk mencapai misi dan visi dengan jayanya ;

[Tekan untuk gambar bersaiz besar]